Penyata pendapatan adalah sebuah dokumen yang dihasilkan menggunakan perisian sebagaimana contoh, Smart Touch’s Singapore atau Malaysia Payroll and HR Software. Perisian ini dihasilkan untuk menunjukkan maklumat mengenai gaji pekerja secara terperinci. Penyata pendapatan mestilah merangkumi kedua-dua maklumat ini iaitu data berangka mengenai gaji pekerja dan jbersama-sama dengannya haruslah disertakan maklumat seperti; nama pekerja, jawatan, nama majikan, tarikh gaji, bulan gaji, dan nama syarikat. Dari segi penampilan, format penyata pendapatan perlu digubal dengan cara yang professional kerana penyata ini amat bermanfaat kepada para pekerja sebagai bukti pembayaran. Selain itu, format penyata pendapatan dapat memastikan majikan telah memberikan gaji kepada pekerjanya pada tarikh yang tertentu. Malah, penyata ini akan digunakan untuk menjelaskan kod cukai pekerja yang betul dan seterusnya dapat membantu pekerja apabila ingin memohon polisi insurans.
Penyata pendapatan mestilah mengandungi maklumat-maklumat seperti:
- Pendapatan sebelum dan selepas daripada sebarang potongan
- Jumlah pemotongan yang boleh berubah setiap kali anda dibayar
- Majikan juga perlu menjelaskan sebarang pemotongan dengan jumlah yang tetap seperti pembayaran balik pinjaman. Majikan boleh memilih samada untuk menyatakan pemotongan ini di dalam penyata gaji ( kalkulator gaji) atau di dalam penyata bertulis yang berasingan.
Demonstrasi Penggunaan Penyata Pendapatan
Menerusi video di atas, antara maklumat-maklumat yang dapat diperincikan lagi yang perlu dicetak pada penyata pendapatan adalah seperti berikut:
- Nama penuh;
- Kod pekerja;
- Nombor keahlian KWSP;
- Jantina;
- Nombor Kad Pengenalan;
- Tempoh pembayaran gaji;
- Jumlah gaji;
- Pembayaran-pembayaran lain bagi tempoh masa itu;
- Jumlah caruman KWSP untuk syer pekerja dan majikan;
- Nombor rujukan majikan;
- Nama penuh majikan/ wakil majikan, tandatangan dan tarikh penyata dikeluarkan.
Kami menyediakan perkhidmatan percetakan penyata pendapatan. Untuk pertanyaan sila hubungi:
Encik Kenny
Telefon: 012-7883383
Harga pakej :
- RM80 – cetakan 3 bulan
- RM120 – cetakan 6 bulan
- RM150 – cetakan 12 bulan